Saturday, 18 June 2011

Kutipan Filem KL Gangster Terkini Hampir Mencecah RM 11 J



    Tahniah buat krew KL Gangster kerana difahamkan kutipan filem KL Gangster hampir mencecah RM11 juta dalam masa 9 hari. Jadi purata bagi sehari penayangan adalah RM1.2 juta .Wow! Satu percapaian membanggakan untuk filem melayu tempatan terutama buat SKOP Production.


    Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga kini. Ini adalah filem pertama dalam hidup saya yang saya sanggup tonton dua kali bersama rakan-rakan dan saya begitu terhibur. Bagi pendapat saya, filem ni merupakan satu perkara yang luar biasa bagi saya dan saya menganggap ia menjadi sebuah fenomena baru. 


    Kini filem-filem Melayu kita mula diberi perhatian oleh masyarakat kita. Jika dulu, filem-filem tempatan kurang mendapat perhatian dari penonton tetapi kini filem-filem Melayu jauh melonjak ke taraf yang lebih baik.

Tahniah buat krew-krew SKOP Production!


sumber: Nazri Thehitman Full & KL Gangster Official Page
        

0 comments:

Post a Comment